11 May 2011

Jaga Aurat !

DUA BELAS AURAT WANITA
1. Bulu kening - Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening - Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.
2. Kaki (tumit kaki) semacam hantu loceng- Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31. Keterangan : Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki terutamanya pada mereka yang mengikatnya dengan loceng 
3. Wangian - Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zinanya terutamanya hidung yang berserombong kapal kata orang sekarang hidong belang - Petikan dari Hadis Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban.
4. Dada - Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi bahagian hadapan dada-dada mereka - Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.
5. Gigi - Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya - Petikan dari Hadis Riwayat At-Thabrani, Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang merubah ciptaan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim.
6. Muka dan leher - Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasan mu seperti orang jahilliah yang dahulu. Keterangan : Bersolek (make-up) dan menurut Maqatil sengaja membiarkan ikatan tudung yang menampakkan leher seperti orang Jahilliyah.
7. Muka dan Tangan - Asma Binte Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja - Petikan dari Hadis Riwayat Muslim dan Bukhari.
8. Tangan - Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya - Petikan dari Hadis Riwayat At Tabrani dan Baihaqi.
9. MataDan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pemandangannya - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Sabda Nabi Muhamad SAW, Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama sahaja manakala pandangan seterusnya tidak dibenarkan hukumnya haram - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi.
10. Mulut (suara) - Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik - Petikan dari Surah Al Ahzab Ayat 32.
Sabda SAW, Sesungguhnya akan ada umat ku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi - Petikan dari Hadis Riwayat Ibn Majah.
11. Kemaluan - Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka - Petikan dari Surah An Nur Ayat 31.
Apabila seorang perempuan itu solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam Syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya - Hadis Riwayat Riwayat Al Bazzar.
Tiada seorang perempuanpun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah - Petikan dari Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah.
12. Pakaian - Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata , maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti - Petikan dari Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah.

Jangan sombong dengan kelebihan sementara

Seorang Executive muda yang berjaya sedang memandu disebuah perkampungan di pinggir Bandar. Ia memandu agak laju dengan sebuah kereta WAJA yang berprestasi tinggi yang baru sahaja dibelinya. Sambil ia memandu perlahan-lahan ia sedang memerhatikan seorang anak kecil dicelah-celah kereta yang diletakkan ditepi jalan , ia memperlahankan keretanya untuk melihat sesuatu yang difikirkannya.

Seelok-elok sahaja kereta Waja tersebut melintasi kawasan tersebut anak kecil tidak kelihatan tetapi seketul batu dilontarkan tepat mengena pintu disebelah kanan kereta Waja tersebut. 
Apalagi Executive muda tersebut menekan brek sekuat hatinya dan berundur ke tempat dimana Anak kecil tadi berdiri. Dengan marahnya dia keluar dari kereta terus meluru ke arah Anak kecil , menarik tangan anak kecil dan menghempasnya ke kereta yang terletak ditepi jalan dan terus memarahi Anak kecil tadi :

” Apa ni ? Siapa awak ? dan apa ke jadahnya awak berada disini ? Itu kereta baru , mahal dan susah nak baiki ? Awak tau tak ? Kenapa awak buat ini semua ? jerit Executive tersebut.
Anak kecil itu tunduk sedih , sayu dan memohon maaf ; ” Saya meminta maaf Pakcik, Saya tak tahu apa patut saya buat , ia merayu . Saya melontar batu kerana tak ada orang yang berhenti disini apabila saya panggil”.

Dengan linangan air mata ia menunjukkan ke satu sudut yang tidak jauh dari situ. “Itu abang saya , ia jatuh dari kerusi roda dari tebing disebelah dan tak ada orang yang dapat mengangkatnya kembali. Boleh tak Pakcik menolong saya , ia cedera dan ia terlalu berat untuk saya. 
Dengan rasa terharu, Executive muda tersebut melepaskan anak kecil tersebut dan terus mengangkat abangnya dan meletakkannya kembali ke kerusi roda. 

Terima kasih , pakcik, Saya doakan pakcik selamat dunia dan akhirat. 
Tak dapat digambarkan dengan perkataan , Executive muda hanya melihat dengan sayu, Anak kecil tersebut menyorong abangnya yang cacat dan cedera pulang menuju ke rumahnya. Anak sekecil itu boleh mendoakannya akan kesejahteraan hidupnya.


Executive muda tersebut berjalan perlahan ke arah kereta , WAJA kemek teruk tetapi ia membiarkan saja tanpa dibaiki. Ia mengingatkannya bahawa kita tidak perlu berkejar-kejar dalam kehidupan ini sehinggakan seseorang melontar batu hanya kerana hendakkan perhatian .

Pengajaran :
Tuhan tidak menjanjikan hidup ini tidak pernah susah, bersuka-ria tanpa kesedihan, panas tanpa hujan tetapi ia memberi kita kekuatan, menenangkan kita semasa kesedihan dan menunjukkan jalan yang sebenar-benarnya. Janganlah kita sombong dengan kelebihan yang sementara.

9 May 2011

Kesunyian ! >,<''

Tetibe rasa kesunyian tu melanda diri pula . 
Mane ta nye , dulu tiap hari ada teman . Tapi skunk mane ad teman lagi . 
Sedih rasa nya hati ini . :(

Soleha seorang yang single . Tapi soleha rase tenang jer bila single nie . Ta tau lah knp & mengapa . hmm tapi kadang2 tu rasa pula nak b'teman . Sunyi rasa nye .Bukan sebab ape , bila tengok orang couple nie cam best jer rase nye . Tengok dia orang tu mcm bahgia jer . Tapi ta tau lah btol ker ta . Bukan soleha ta pena rase b'couple tapi daa b'zaman kott ta b'couple . Biase lah tu kan manusia . Ta pena b'syukur dgn ape y telah b'laku . Couple tu bagi semua orang best . Best sebab dpt kasih sayang , d ambil berat , dpt ape y d mahu kan , prihatin dan segala nye lah . Cam orang daa kawin pula . 

Kadang kala soleha rasa jelous plak bila tgk orang date , cter sal pakwe nye yang baik . Wahhhh ~ best nye . untung lah ada orang sayang . ^_^ Tapi ada gak kburukan dan kebaikan nye b'couple . Soleha t'ingin sgt2 nak ada teman y btol2 ikhlas trima Soleha dan y b'agama . Bukan memilih tapi Soleha pikir , nnti teman tu boleh bimbing kita ke arah y lebih islamic . Soleha minat p'kare2 y islamic nie . Dia boleh bimbing ke arah k'baikan . Ya kan ? :) 

Soleha b'doa sangat2 supaya soleha dpt lelaki y baik . Doa kan soleha yer . Soleha dah t'rase sunyi . Soleha ta nak d permain kan lagi . Bukan nak cari pakwe sekarang . Nanti orang ingat soleha t'gedik2 pula . Soleha ta t'desak pon . Coz ta tau lah . Biase lah . Hati ini senang berubah . Ya ta ? :) Tapi alhdulillah , soleha bahgia sgt2 idop k'seorngan y d temani oleh family & ta lupe juga kawan2 . InsyaAllah akan ada lelaki y datang , tapi bukan sekarang . Soleha kan pnyabar . :) Bila kesunyian melanda , hati pon jadi sebak . ish3 . :) 


Kita hanya mampu merancang , 
tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya . 
Kuat kan semangat . 
InsyaAllah hidup mu bahgia tuk selamanya . 

7 May 2011

Kasihnya Seorang Ibu .

Assalamualaikum .

Kasihnya ibu membawa ke syurga. Ibu adalah seumpama mentari yang seringkali menyinari kehidupan setiap insan di dunia ini. Cintanya seorang ibu kepada anak-anak sudah tersemai sejak mereka di dalam kandungan lagi. Dan kasih tersebut terus berkembang mekar buat selamanya.

Pengorbanan ibu adalah bermula dari mengandungkan anakmu di dalam rahimmu selama sembilan bulan sepuluh hari dan kemudiannya sanggup bertarung nyawa demi menyelamatkan anaknya untuk menjadi khalifah Allah di atas muka bumi ini. Ibu, kini baru kusedar betapa kau sanggup menggantikan kesakitanku ini ketulusan hatimu yang suci sesuci embunan pagi.

Sungguh mulia pengorbanan seorang ibu, Rasullullah SAW bersabda yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a ia berkata telah datang seorang laki-laki kepada Rasulallah SAW maka ia berkata: “Wahai Rasulullah Rasulullah siapakah yang lebih berhak untuk diberi penghormatan yang sebaik-baiknya? Rasulullah menjawab:”IBUMU” Ia berkata lagi: kemudian siapa? Rasul menjawab:”IBUMU” Dia berkata lagi kemudian: kemudian siapa? Rasulullah menjawab”IBUMU” Dia berkata lagi: kemudian siapa? Rasullullah menjawab:”AYAHMU” (Hadis Riwayat BUKHARI DAN MUSLIM).

Kasihnya seorang Ibu kepada anaknya begitu hebat hingga tak mampu untuk kita mengukurnya. Bak umpama air dicincang tidak akan putus, begitulah tingginya nilai kasih seorang yang bergelar ibu.

Tiada lain yang dapat menggantikan kasih sayangmu ibu. Ibu adalah sumber inspirasi yang terbesar buat anak-anak. Walaupun hatimu bersedih, dikau sanggup menyembunyikan kesedihanmu itu demi membuatkan anak-anakmu bahagia. Gelak tawa anak-anakmu adalah penawar segala kepahitan yang dikau alami. Ibu, kaulah insan yang mengajar kami tentang nilai-nilai yang baik dalam kehidupanku. Ku doakan agar setiap titik peluh serta derita yang diharungi mendapat tempat di sisi Allah SWT.Sebagaimana yang diketahui, kedudukan ibu begitu tinggi nilai serta martabatnya pada pandanganAllah.

Akhirnya, sebagai kesimpulan hargailah ibu kita selagi mereka masih hidup. Tanpa ibu, kehidupan kita langsung tidak mempunyai apa-apa. Begitu tinggi sanjungan dan istimewanya penghormatan Islam terhadap martabat dan kedudukan ibu. Tanpa ibu, siapalah kita. Semua makhluk mempunyai ibu. Tiada satu makhluk pun yang tidak mempunyai ibu, tumbuhan yang membiak melalui pertunasan pun membiak melalui induknya.Siapa induk itu? Induk itulah ibu.Kita pernah mendengar anak yang dilahirkan ke dunia ini tanpa ayah, sebagaimana kisah Nabi Allah,Nabi Isa a.s tetapi kita tidak pernah mendengar anak yang dilahirkan tanpa ibu. Maha Suci Allah.Muliakanlah ibu-ibu kami.

Air Mata Ibu
Oleh Siti Nurhaliza
Apakah sebenarnya

Terbuku dikalbumu
Apakah erti linang airmata di pipimu

Ucapkanlah padaku

Tak bisa kurungkainya
Rahsia yang kau pendam itu

Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Namun kupercaya

Takkan terlerai kasih
Ikatan ini takkan putus

Aku hanya menduga

Tidak mampu merasa
Sebenar-benar perasaanmu

Pengorbanan yang kau lakukan

Untuk dewasakan ku
Hanya bisa ditanggung oleh hati ibu

Telah kau telan lara

Dan terima segala
Dugaan dan badai yang melanda…
Duhai ibu

Selamat Hari Ibu Untuk Ibuku Tercinta Puan Zuraini Binti Ahmad . 

6 May 2011

Rindu Zaman Persekolahan . Meraka Buah Hati Ku .

Tiba-tiba rasa rindu dekat kawan-kawan dah mula datang . Ya Allah , cam manalah ni kan . hmm . 
Skunk saya nak cerita tentang zaman dahulu kala saya sekola .
mybe boleh hilangkan rasa rindu sikit . 
maklumlah . dah lama tak jumpe . 

Dulu saya satu geng dengan yana , mira dan juga sya . Boleh lah di kata kan bersama jer . Tapi yang paling rapat dengan sya lah . hehe Gelak tawa , suka duka , semua nya bersama . Dulu kita orang suka tawaf satu sekola . Maklumlah , nak buat peta sekola lah kata kan . Tapi best . Sekola sea stone nie besar . Kalah sekola batu laut . Erh , bukan sama ke ? ^_^ 

nie lah kami time sekola . comel ta ? ^_^

Kecik2 molek kan kawan2 saya . Comel2 g tu lorh . Dulu dekat sekola , kami lah senior 2010 . Memang clazz paling top lah . Top dengan kebisingannya . Alamak ! terkantoi pula jadi nye . malu3 . hehe maklum lah , clazz kita orang nie penuh dengan kaki gosip . Minat bergosip lah kata kan . Tapi pelajaran tu kami pentingkan juga . Clazz kita orang nie minat dengan pelajaran BM , PI , MATH & SC . Yang saya perasan lah . Tapi kalau bukan tu tak tau lah . kih3 . Clazz kita orang di beri nama 5 sastera ikhtisas 1 . Pelajaran utama nya ialah Prinsip Akaun . :) Best punya ! Clazz kita orang nie penuh dengan puteri2 . bukan putera2 . Kami lah yang kongker clazz tu . Sebab tu lah bising jer . Mulut perempuan kan kecoh . hak3 . Lawak lah bila di ingat kan balik . Seronok pun ada . Perempuan ada 19 dan lelaki ada 9 jer ! Tapi clazz kami nie memang lah sporting . Lagi2 dengan ramai nya kaki2 lawak . Wahhh ~ meriah macam pasar malam jadi nye . :DD 

 nie lah muka comot kami . ^^

Gambar yang kat atas nie bukan semua nya budak perempuan . Ada lagi , cuma dia orang semua pemalu . Nie jer yang kami sempat snap . Gambar budak lelaki , tak ada yang cukup lah . Maaf lah yer . Jangan risau , lelaki clazz kita orang semua nya hensem2 . Kalah Zizan . kah3 . ! ~ Banyak lah kenangan kami time form5 dulu . Kita orang pergi hang out . Memamg seronok . Macam nak buat lagi jer hang out tu . Cuma ada setengah kawan2 saya yang dah busy dengan kerja dia orang dan ada yang dah mula study . hmm bila lah agak nye kan . Apa lah rupa dia orang sekarang . Entah2 makin cantik , makin hensem , ada yang nak kawin? , dan ada yang bkal d sarung kan cincin? . entah2 ada yang dah jadi kaya raya . no komen . Banyak di fikiran nie memikirkan nya . Sampai esok pon tak abis agak nya . :) Kita tengok saja lah nanti . 

nie pic saya n th geng sdg study . ^^

Orang tengah study , sempat ag c mira n yana pozing . Tak per . Kami berdua tak kesah . :) Semua ini hanya tinggal kenangan sahaja . Nak ulang balik , dah tak boleh . hmm Seronok bila study sama2 . Tapi sekarang , masing2 dah wat haluan sendiri . Masing2 ada kerjaya sendiri . Hanya gambar ini saja lah boleh menjadi kan tanda ingatan kat zaman sekola . Ingat kat kawan2 , cikgu2 , dan tak lupa juga kat clazz kami yang cantik . ^_^ Clazz kami budak2 nye semua kreatif . Ada pandai menyanyi , pandai melukis , pandai wat lawak , pandai bergaya . dan macam2 lah . Suke tgk gelagat dia orang . Kalau salah sorang yang tak datang , mesti clazz sunyi . Tak tau lah kenapa . Hmm kalau lah masa nie boleh di patah kan balik , dah lama saya buat dan tak kan sia2 kan zaman sekola tu . Tapi malang nya mane boleh . Masa tu b'jalan dgn cepat nya . Sedih pula rasa nya . :( 

Mybe sampai sini saja lah yang saya leh cerita kan kat kawan2 . Kalau nak cerita semuanya memang panjang . Tak kan habis agaknya Maklum lah macam2 kerenah kami ada . Semua tu mybe secret kott . :)) Hanya nie jer yang boleh saya cerita . Jangan marah yer . Saya terlalu merindukan kawan2 saya yang dulu . alyn , hajira , yatt , timah , mira man , yana , sya , mira minul , shikin , baja , tika , nadia , ain s , zainur , qila , ain k , epa , mamat , minul , akob , mubin , syafiq , nazrul , iwan , pecal  , nazri dan tak lupa juga diri ku sendri yang digelar dad . :)) miss u all . :))














Mengatasi Marah ..

Termasuk kalangan orang yang bertakwa ialah orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah , orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan orang lain . Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik . (Ali Imran : 134 )

Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego) . Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya . Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang . Kalau tinggi kedudukan seseorang , besar pangkatnya , banyak hartanya , ramai pengikutnya , maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya . Sebaliknya jikalau kurang segalanya , maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya . 

Kita mesti ubati hati kita . Kita mesti membuang rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita manjadi pemarah dengan melakukakn mujahadatun nafsi . Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah : 

a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak tanduk kita . Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita . 

b) Bila datang rasa hendak marah , ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina . 

c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah .

d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi . 

e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah . Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah . 

f) Apabila datang marah , banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya dari syaitan . 

g) Apabila marah sedang memuncak , ambil wudhu keran wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara . 

h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas , hendaklah tidur . Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur . 

i) Tuhid kita perlu tepat . Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah . Kenapa kita perlu marah . 

Kalau kita bersalah , kita tidak suka orang memarahi kita . Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan , juga tidak suka dimarahi . Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang . 

Maksiat Melemahkan Kekuatan Hati

MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia. 

Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman. 

Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.” 

Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.” 

Rezeki tidak lancar 
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.” 

Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran. 

Keterasingan antara Allah 
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu. 

Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.” 

Keterasingan antara manusia 
 Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan. 

Allah akan menyulitkan urusannya 
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya. 

Kegelapan dalam hati 
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.

Maksiat melemahkan kekuatan hati 
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya. 

Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka. 

Malas mengerjakan ibadat 
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya. 

Terbiasa berbuat dosa 
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri. 

Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan. 

Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) .

4 May 2011

Hikmah Sabar Menghadapi Ujian Dan Musibah .

Di dalam surah al-Mulk, ALlah menyatakan bahawa Dia menciptakan hidup dan mati untuk menguji manusia siapakah di kalangan manusia paling baik amalnya. Dalam hidup manusia menghadapi pelbagai bentuk ujian sama ada dalam bentuk musibah/kesusahan dan juga ujian dalam bentuk kesenangan/kemewahan.
Seringkali apabila manusia diuji dengan musibah mereka keluh kesah dan merana. Tapi ketahuilah bahawa di sebalik musbah itu ada hikmah yang sangat besar.
Nabi bersabda :-إِنَّ عِظَمَ الْجَزَاءِ مع عِظَمِ الْبَلَاءِ وَإِنَّ اللَّهَ إذا أَحَبَّ قَوْمًا ابْتَلَاهُمْ فَمَنْ رضى فَلَهُ الرِّضَا وَمَنْ سَخِطَ فَلَهُ السَّخَطُErtinya : Sesungguhnya besarnya balasan baik adalah dengan besarnya ujian dan bala (tahap ganjaran adalah setimpal dengan tahap kesukaran mihna’), dan Allah s.w.t apabila kasihkan satu kaum lalu akan didatangkan baginya ujian, sesiapa yang mampu redha maka ia beroleh redha Allah dan barangsiapa yang engkar , maka akan beroleh azab Allah.” ( Riwayat At-Tirmizi, 4/601 ; Tuhfatul Ahwazi, 7/65 ; Albani : Hasan Sohih)Mukmin Tulen Sentiasa Tabah Cciri seorang mukmin tulen sebagaimana kata Nabi s.a.w :-عَجَبًا لأَمْرِ الْمُؤْمِنِ إِنَّ أَمْرَهُ كُلَّهُ خَيْرٌ وَلَيْسَ ذَاكَ لِأَحَدٍ إِلَّا لِلْمُؤْمِنِ إِنْ أَصَابَتْهُ سَرَّاءُ شَكَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُ وَإِنْ أَصَابَتْهُ ضَرَّاءُ صَبَرَ فَكَانَ خَيْرًا لَهُErtinya : Amat dikagumi sifat orang mukmin, iaitu semua urusan yang menimpanya adalah baik, dan tidaklah seorang mukmin itu kecuali apabila di timpa kebaikan, ia bersyukur lalu menjadi kebaikan baginya; dan bila ditimpa musibha keburukan ia bersabar dan menjadi kebaikan baginya apabila ia ditimpa” ( Riwayat Muslim)
Sabar adalah perkataan yang selalu kita ungkapkan. Apabila ada musibah menimpa orang sekeliling kita, dengan mudah kita melafazkan, sabarlah.However, the real test comes when we ourselves are facing such time of trial. Baru ketika itu kita benar-benar menghayati first hand erti sabar yang sebenarnya.Musibah dalam dalam pelbagai bentuk sama ada kehilangan harta, perceraian, menjadi mangsa fitnah, kematian dan sebagainya. Apa erti sebenar sabar? Bagaimana kita boleh memberi definisi yang tuntas terhadap sabar ini. Apakah tanda menunjukkan bahawa seorang itu benar-benar sabar menghadapi ujian itu? Persoalan-persoalan ini sebenarnya tidak mudah diungkapkan; sudah pastinya tidak semudah bila kita menasihatkan orang lain agar bersabar.
Abu Zakaria Ansari berkata, “Sabar merupakan kemampuan seseorang dalam mengendalikan dirinya terhadap sesuatu yang terjadi, baik yang disenanginya maupun yang dibencinya.” Abu Ali Daqaq mengatakan, “Hakikat sabar ialah
keluar dari suatu bencana sebagaimana sebelum terjadi bencana itu.” Dan Imam al-Ghazali mengatakan, “Sabar ialah suatu kondisi jiwa yang terjadi karena dorongan ajaran agama dalam mengendalikan hawa nafsu.”
Dengan demikian, sabar dapat bererti kosisten dalam melaksanakan semua perintah Allah dalam segala keadaan. Berani menghadapi kesulitan dan tabah dalam menghadapi cobaan selama dalam perjuangan untuk mencapai tujuan.
Karena itu, sabar erat hubungannya dengan pengendalian diri, sikap, dan emosi. Apabila seseorang telah mampu mengawal mengendalikan nafsunya, maka sikap/sifat sabar akan tercipta.
Selanjutnya, sabar juga bererti teguh hati tanpa mengeluh, saat ditimpa bencana. Jadi yang dimaksud dengan sabar menurut pengertian Islam ialah rela menerima sesuatu yang tidak disenangi dengan rasa ikhlas serta
berserah diri kepada Allah. Dan dapat pula dikatakan bahwa secara umum sabar itu ialah kemampuan atau daya tahan manusia menguasai sifat destruktif yang terdapat dalam tubuh setiap orang. Jadi, sabar itu
mengandungi unsur perjuangan tidak menyerah dan menerima begitu saja.
Sabar itu membentuk jiwa manusia menjadi kuat dan teguh tatkala menghadapi bencana (musibah). Jiwanya tidak bergoncang, tidak gelisah, tidak panik, tidak hilang keseimbangan, tidak berubah pendirian. Tak ubahnya laksana
batu karang di tengah lautan yang tidak bergeser sedikit pun tatkala dipukul ombak dan gelombang yang bergulung-gulung.
Sifat sabar itu hanya dikurniakan Tuhan kepada manusia, tidak kepada makhluk yang lain. Sebab, di samping manusia mempunyai hawa nafsu, ia juga dianugerahi akal untuk mengendalikan hawa nafsu itu supaya jangan sampai
merosak atau merugikan. Sedang makhluk haiwani hanya diperlengkapi dengan hawa nafsu, tidak mempunyai akal. Oleh sebab itu ia tidak mampu bersikap sabar. Malaikat juga tidak memerlukan sifat sabar, karena ia tidak memiliki
hawa nafsu.
Sirah para anbiya’, ulama kaya dengan kisah-kisah kesabaran insan-insan pilihan Allah (seperti kisah yang diketahui ramai tentang ketabahan nabi Ayyub a.s. tabah menghadapi pelbagai ujian). Bagaimanapun, bagi orang-orang awam (kebanyakan) bilakh kita mengetahui bahawa kita telah mampu dengan izin Allah bersabar menghadapi ujian yang besar. Seorang alim ditanyakan apakah tanda-tanda bahawa seseorang itu telah mencapai tahap kesabaran yang tinggi jawab beliau: apabila hamba Allah tersebut telah sampai ke satu tahap di saat hebatnya musibah di mana kebanyakan orang akan cenderung untuk berkata mampukah lagi aku bersabar? Namun biarpun di saat yang getir sedemikian dia masih mampu reda dan sabar, maka itulah satu tanda dia mencapai tahap kesabaran yang tinggi.

Sama-samalah kita berdoa agar Allah mengurniakan kita dengan sifat yang amat sinonim dengan Mukmin sejati ini, yang begitu mudah dilafazkan lisan namun tidak enteng diterjemahkan dalam kehidupan di saat musibah melanda.
Wallahu ‘a’lam

3 May 2011

3 Jenis Jodoh Pertemuan .

Terdapat tiga jenis jodoh pertemuan. Yang pertama, dikenali Jodoh Syaitan.

Jodoh Syaitan ini adalah merujuk kepada sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.

Yang kedua pula ialah Jodoh Jin. Ini berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.

Manakala Jodoh yang Ketiga pula ditafsirkan sebagai Jodoh Allah iaitu Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"