Termasuk kalangan orang yang bertakwa ialah orang yang menafkahkan harta mereka semasa senang dan susah , orang yang sabar menahan marah dan orang yang memaafkan orang lain . Dan Allah menyukai orang yang berbuat baik . (Ali Imran : 134 )
Sifat pemarah itu berasal daripada sifat sombong (ego) . Lagi besar ego seseorang lagi besar marahnya . Ini berkaitan pula dengan kedudukan seseorang . Kalau tinggi kedudukan seseorang , besar pangkatnya , banyak hartanya , ramai pengikutnya , maka akan tinggilah ego seseorang dan akan menjadi-jadilah pemarahnya . Sebaliknya jikalau kurang segalanya , maka akan kuranglah egonya dan akan kurang jugalah pemarahnya .
Kita mesti ubati hati kita . Kita mesti membuang rasa "ketuanan" kita yang menyebabkan kita manjadi pemarah dengan melakukakn mujahadatun nafsi . Di antara langkah yang perlu kita hadapi untuk menghilangkan marah ialah :
a) Mula-mula kita perlu malu dengan Allah s.w.t akan segala tindak tanduk kita . Allah memerhatikan segala perlakuan dan sikap biadab kita .
b) Bila datang rasa hendak marah , ingatlah kita ini hanyalah manusia yang hina .
c) Banyakkan berdiam diri dan berdoa kepada Allah agar Allah selamatkan kita daripada sifat marah .
d) Hendaklah ingat kesan daripada sifat marah itu mungkin akan membawa kepada permusuhan dan pembalasan dendam dari orang yang anda marahi .
e) Cuba bayangkan betapa buruknya rupa kita ketika kita sedang marah . Ianya lebih buruk daripada perlakuan seekor binatang jikalau anda di dalam keadaan yang marah .
f) Apabila datang marah , banyakkan baca Ta'awwuz ( A'uzubillahi minas Syaitanirrajim ) kerana marah itu datangnya dari syaitan .
g) Apabila marah sedang memuncak , ambil wudhu keran wudhu dapat menenangkan api kemarahan yang sedang membara .
h) Jikalau tidak boleh hilang marah dengan hal tersebut di atas , hendaklah tidur . Kerana ianya akan meredakan perasaan marah apabila bangkit daripada tidur .
i) Tuhid kita perlu tepat . Setiap sesuatu itu datangnya dari Allah dan akan kembali kepada Allah . Kenapa kita perlu marah .
Kalau kita bersalah , kita tidak suka orang memarahi kita . Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan , juga tidak suka dimarahi . Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang .
No comments:
Post a Comment